Sunday, July 25, 2010

RUANG UNTUK BERNAFAS

saya dihubungi seseorang
memohon apalah sudi kiranya
saya membuka kembali seketika
ruang-ruang hati yang sepi
dari blog ini
baginya untuk menyalin sesuatu
sebelum saya menutupnya selama-lamanya
dan saya masih seorang manusia
masih ada perasaan dalam jiwa
maka itulah
saya membuka kembali blog ini seketika
dan ambillah sesuatu atau segalanya
kerana mungkin selepas ini
segalanya akan hilang
bagai daun-daun kering
gugur, hanyut dan hilang
entah kemana....
ini ruang untuk bernafas
......


kehidupan ini sungguh bermakna (klik)

2 comments:

  1. Ini ruang untuk bernafas
    Amat nanti ketika lemas
    Sedikit lonjakan ke atas
    Permudah hidung tugas

    Buat orang dan diri kita
    Tanpa akrab bawa duka
    Jika kepeningan kepala
    Fokuslah minda terbuka

    Seketika teramat bererti
    Dapat terus komunikasi
    Dengan tulisan terhayati
    Bersamalah kita manfaati

    Hikmah hablul-minalnas
    Sesama ihsan rasa puas
    Menyendiri buat panas
    Berinteraksi jiwa kemas

    ReplyDelete
  2. bukan hilang tugu itu, tidak juga tenggelam pulau dilautan, bahkan tidak akan hilang dan dilupakan kubur tidak bernesan ini. segalanya akan tetap subur dalam kenangan

    ReplyDelete