Monday, July 12, 2010

1. Bolehkah tanah dijual dan dipindah milik? Jawabnya boleh. Bolehkah kereta juga dipindah milik? Jawabnya juga boleh. Bahkan suami/isteri juga boleh dipindah milik, bercerai dan berkahwin lain.


2. Blog bukan hanya menulis politik semata-mata bahkan kita boleh lakukan apa saja termasuk sebagai satu catatan harian dan bahkan menyimpan dan mendokumentasikan sesuatu untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

Blog berwajah adalah blog yang kita kenali pemunya manakala ada blog yang tidak berwajah tidak dapat kita ketahui siapa pemiliknya. Apakah kedua-duanya boleh dipindah milik? Pada dasarnya boleh tetapi tentu tiada siapa yang mahukan dirinya menjadi orang lain. Umpamanya, tentu saya tidak ingin memiliki blog Sri Tri Buana kerana saya tidak mahu menjadi Sdr. Wan Shahril. Bagaimanapun ini bukanlah asing bagi blog yang tidak berwajah dan pemunyanya boleh bertukar ganti sekerap yang mungkin kerana kekuatannya hanya pada nama blognya bukan kepada pemiliknya. Bolehlah kita mengumpamakan seperti kita memindah milik sebuah perniagaan hotel dimana akan bertukar pemiliknya serta mungkin juga kakitangannya namun masih menggunakan nama perniagaan yang sama.


3. Blog, facebook serta tagged dan apa-apa lainnya yang seumpamanya bolehlah dianggap sebagai peralatan penting masa kini dalam perhubungan apa yang dipanggil jalinan media sosial. Tidak akan sekatan dan had umur bagi menggunakannya. Tidak memahami dan tidak mampu menggunakan jalinan media sosial ini boleh disamakan dengan buta huruf pada zaman dulu kala.



No comments:

Post a Comment