Monday, July 12, 2010

TUTUP BLOG

perjalanan harus tetap diteruskan
walau hanya berulang dalam satu bulatan



saya berfikir saya akan menutup blog dalam waktu terdekat
bukan kerana apa-apa atau siapa-siapa
cuma bagi setiap yang mula pasti ada akhirnya
dan inilah akhirnya pada sebuah laman blog yang konon-kononnya puisi
namun tak seberapa nilainya
ada juga pendapat mengatakan bahawa langsung tidak ada nilai sasteranya
saya tak kisahpun
bagaimanapun saya masih berfikir
memilih diantara 2 pilihan;
tidak akan menulis lagi namun membiarkan apa yang ada untuk sesekali dilayari mereka yang mungkin tersesat haluan, atau
menutup dengan mamadam segalanya bagai memadam kenangan
~ tidak ada pertikaian!

5 comments:

  1. Salam..

    Bagi saya tak usahlah nak padam terus blog azam ni.. kadang2 ada masa terluang boleh dikeluarkan idea untuk berkarya semula mana la tau.

    Ini kan memori dari beberapa tahun lamanya.. tak sayang ke.. saya amat sedih la kalau ditutup terus....

    Harapan saya biarlan la dia disini

    apa didengar kata2 orang ...biarkan biarkan akhirnya mereka akan diam juga ....

    ReplyDelete
  2. salam bro..

    fikir dulu kalau ingin buang semuanya.. jgn nanti tak ada apa yg tinggal utk diri sendiri

    ReplyDelete
  3. Tuan
    keiklasan dalam penulisan sudah cukup
    melahirkan jasa untok dilihat dan batin dapat berfikir
    kerana itulah kekunci segala seni yang memberi
    kesan kepada manusia untok memperbaikinya

    Tuan
    setiap kata ada jawapannya
    setiap pendapat ada sambutannya
    sekalipun sakit pasti ada ubatnya
    asalkan tidak ada pembunuhan diri
    dalam mengelakkan pertengkaran
    pada hal ia berada dipehak yang benar

    ReplyDelete
  4. Setiap tulisan adalah lukisan perasaan, bukan untuk dibaca sepenuhnya. Dan lain orang lain nilainya, lain orang lain pengertiannya.

    sekurang-kurangnya tulislah hanya untuk kepuasan diri. Saya sendiri tidak pernah kisah samada laman saya dikunjungi atau tidak. Yang penting kita telah lukiskan perasaan kita dalam setiap yang kita tulis.

    Itu sahaja.

    ReplyDelete