jangan resah dan gundah
jika kau tak dapat bersama
merai impianmu
anggaplah aku juga ada disitu
disebelelahmu, atau dibelakang sedikit
tidak mengapa jika kau letakkan aku
dimana-mana sudut mungkin diselindungi langsir
asalkan doaku sampai
bersama bunga-bunga
harapanmu dan berkembang
mengharumkan malam
jangan engkau menyelia
mencari dimana aku mungkin berada
kerana jasadku bersembunyi
namun menghantar rohku kesini
untuk bersamamu
menjaga siang dan malammu
supaya tidurmu selalu lena
dan jagamu selalu ria
bukan aku kesal
kerana memegang sumpah dan janji
bahawa aku akan menjadi awan
menyelimutimu
selagi ada bulan dan matahariku
jangan kau risau
aku sentiasa ada bersamamu
dan anggaplah aku sentiasa ada
walau nanti aku tidak ada
No comments:
Post a Comment