
1.
tiba-tiba mereka gempar
dilapor di akhbar kehilangan 2 enjin jet yang besar
harganya memanglah mahal
walaupun rosak tapi masih puluhan juta
tetapi bapak menteri mungkin tak peduli
kerana bila kesana kemari
mereka ada kereta mewah sendiri
dengan pemandu peribadi
kaki mereka tak pernah terpijak duri
kerana mereka memakai kasut jenama dari Italy
2.
tiba-tiba saya jadi gempar
keluar dari surau kehilangan sepasang selipar
walaupun bukannya mahal
tapi itu 'selipar jepun' buatan Malaysia
memakainya tapak kaki terasa lembut
seakan dibelai "geisha"
kerana berkaki ayam di kampong sangat dahsyat
kaki mungkin terpijak duri
alangkah susahnya berjalan kesana kemari
bila kehilangan pengalas kaki
3.
aku lebih kesal kehilangan selipar jepunku
dari kehilangan enjin jet itu
tetapi mereka tidak pernah kesalpun
kehilangan enjin jet itu
walau harganya
mampu membeli beratus juta selipar
seperti selipar jepunku
No comments:
Post a Comment