Saturday, May 8, 2010

ke dua



memang tepat pilihanmu itu
tidak menjadi orang kedua
jika masih berpeluang menjadi yang pertama
engkau ingin menjadi ratu
bukannya dayang dalam istana

memang tepat tindakkanku ini
untuk apa menjadi yang kedua
bila ada pilihan menjadi yang pertama
aku ingin menjadi raja
dengan ratu-ratuku didalam istana

demikianlah suratan
kita menurutnya dalam kehidupan;
bagaimanakah aku seekor musang
bila kecewa mendapatkan anggur itu
baiklah kukatakan rasanya masam

6 comments:

  1. sdr azam

    pertama adalah anugerah
    pertama adalah suratan
    pertama adalah kehidupan

    kedua adalah ujian
    kedua adalah rintangan
    kedua adalah peperangan

    pertama adalah ketenangan
    kedua adalah gelombang


    salam zeza

    ReplyDelete
  2. pertama adalah kesayangan..

    yang kedua hanya sandaran..


    mungkin ke...

    rush

    ReplyDelete
  3. Salam .kenapa tidak boleh kah pertama kesayangan kedua dan keempat juga kesayangan?Itu juga anugerah serta sunah :-)

    ReplyDelete
  4. hikhikhik, aku mcm dah mabok todi rasanya....

    ReplyDelete
  5. salam abg besar

    Yg pertama itu sentiasa yg utama..
    kerana itu tk perlu jadi yg kedua.

    Yg pertama itu nyawa..
    kerana itu tiada nyawa yg kedua..

    Bile berdiri sebagai yg pertama..
    Kita ibarat nyawa yg paling utama.

    ReplyDelete