Thursday, April 15, 2010

jangan ada sesiapa menangis




jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
kerana aku akan kembali
mengutip daun-daun kering
yang berselerak ditiup angin musim
hidup aku disini
dan mati aku juga disini
kerana itu aku akan tatap kembali

jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
kemudian tidak akan kembali lagi
pasti ada yang mengutip tulang-tulang kering
yang berselerakan disitu
aku tidak mampu kembali lagi
namun hidupku disini
dan matiku pun disini
bawalah aku kembali

jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
jangan ada sesiapa menangisi
jika tiba-tiba aku pergi
dan tak kembali lagi

5 comments:

  1. Jangan kau bimbang
    jika tiba2 aku hilang
    kerana aku akan kembali
    mengutip daun2 kering
    yg berselerak ditiup angin
    hidup aku disini
    dan mati aku juga disini
    kerana itu aku akan tetap
    kembali.....????????????

    Jangan kau igt aku tak bimbang...
    kerana aku masih perlukan mu
    kerana kau perlu kembali
    memupuk daun2 yang masih hijau
    yang mekar diranting2
    kerana kau tidak mungkin mati
    kerana kau masih diperlukan
    kerana mati itu adalah kehendakNYA..
    Suratan dan takdir adalah
    ketentuan Illahi....

    ReplyDelete
  2. Salam tuan...apapun kita sebagai insan disisi kita adalah takdir...takdir yang menentukan kehendaknya.. setiap yg berlaku bukan kehendak kita... kita selalu merasakan hidup kita akan berpanjangan hingga tiada penghujungnya..cuma kita hidup jangan menyerah dan pasrah....semuga diri dan keluarga diberkati dan diberikan kebahgian dunia dan akhirat........

    ReplyDelete
  3. Datin Zeza @ Saba tk memberi komen? Sibuk agaknya tu, mungkin ke Taman Negara dn menginap di Mutiara macam dulu tu, hehehe! Cari ketenangan sambil melukis dan menikmati puisi2.

    ReplyDelete
  4. ?? spy mana u upah ni?.........

    ade gak bagi komen.time nak send.jem..tak de rezeki sampai kat u....apapun post u kali ni agak jiwang karat gitu...sedih tapi dah tak ade air mata nak melileh...so sayu bila pikirkan u nak hilangkan diri disini.....teruskan..sekurangnya boleh saya senyum KAMBING...berkat minum susu HIGOAT





    just zeza

    ReplyDelete
  5. Kita menulis kerana ada orang membaca, justru saya akan etrus menulis kerana sudah semakin ramai yang membacanya. Jiwang? Hmmm! kita layan saja perasaan kita layannnn! Zassss!

    ReplyDelete