saya dihubungi seseorang
memohon apalah sudi kiranya
saya membuka kembali seketika
ruang-ruang hati yang sepi
dari blog ini
baginya untuk menyalin sesuatu
sebelum saya menutupnya selama-lamanya
dan saya masih seorang manusia
masih ada perasaan dalam jiwa
maka itulah
saya membuka kembali blog ini seketika
dan ambillah sesuatu atau segalanya
kerana mungkin selepas ini
segalanya akan hilang
bagai daun-daun kering
gugur, hanyut dan hilang
entah kemana....
ini ruang untuk bernafas
......
kehidupan ini sungguh bermakna (klik)
aku
Sunday, July 25, 2010
Monday, July 12, 2010
TUTUP BLOG

perjalanan harus tetap diteruskan
walau hanya berulang dalam satu bulatan
bukan kerana apa-apa atau siapa-siapa
cuma bagi setiap yang mula pasti ada akhirnya
dan inilah akhirnya pada sebuah laman blog yang konon-kononnya puisi
namun tak seberapa nilainya
ada juga pendapat mengatakan bahawa langsung tidak ada nilai sasteranya
saya tak kisahpun
bagaimanapun saya masih berfikir
memilih diantara 2 pilihan;
tidak akan menulis lagi namun membiarkan apa yang ada untuk sesekali dilayari mereka yang mungkin tersesat haluan, atau
menutup dengan mamadam segalanya bagai memadam kenangan
~ tidak ada pertikaian!
1. Bolehkah tanah dijual dan dipindah milik? Jawabnya boleh. Bolehkah kereta juga dipindah milik? Jawabnya juga boleh. Bahkan suami/isteri juga boleh dipindah milik, bercerai dan berkahwin lain.
2. Blog bukan hanya menulis politik semata-mata bahkan kita boleh lakukan apa saja termasuk sebagai satu catatan harian dan bahkan menyimpan dan mendokumentasikan sesuatu untuk diwarisi kepada generasi akan datang.
Blog berwajah adalah blog yang kita kenali pemunya manakala ada blog yang tidak berwajah tidak dapat kita ketahui siapa pemiliknya. Apakah kedua-duanya boleh dipindah milik? Pada dasarnya boleh tetapi tentu tiada siapa yang mahukan dirinya menjadi orang lain. Umpamanya, tentu saya tidak ingin memiliki blog Sri Tri Buana kerana saya tidak mahu menjadi Sdr. Wan Shahril. Bagaimanapun ini bukanlah asing bagi blog yang tidak berwajah dan pemunyanya boleh bertukar ganti sekerap yang mungkin kerana kekuatannya hanya pada nama blognya bukan kepada pemiliknya. Bolehlah kita mengumpamakan seperti kita memindah milik sebuah perniagaan hotel dimana akan bertukar pemiliknya serta mungkin juga kakitangannya namun masih menggunakan nama perniagaan yang sama.
3. Blog, facebook serta tagged dan apa-apa lainnya yang seumpamanya bolehlah dianggap sebagai peralatan penting masa kini dalam perhubungan apa yang dipanggil jalinan media sosial. Tidak akan sekatan dan had umur bagi menggunakannya. Tidak memahami dan tidak mampu menggunakan jalinan media sosial ini boleh disamakan dengan buta huruf pada zaman dulu kala.
Siapa yang boleh lupa dengan kisah beberapa orang buta dengan gajah? Yang memeggang kaki menganggap gajah bagai sebatang pokok. Yang memeggang telinga menyangka gajah seperti kipas. Yang memeggang ekor pula menyangka gajah seumpama tali temali. Begitulah bila kita tidak benar-benar faham dan mengetahui tentang sesuatu itu, maka kita akan hanya bergantung kepada sedikit panduan dan selebihnya hanyalah imaginasi.
bukakanlah sayapmu

hiruplah udara ini dalam-dalam
bukan aku yang memberi kamu nafas dan kehidupan ini
teguklah segala air dibumi
bukan aku yang akan menghilang haus dahagamu
hulurkanlah tanganmu tinggi-tinggi
engkau sentiasa bebas mendepa tanganmu
dan melapangkan dada
segala kekuatan itu adalah hakmu
anugerah Allah
bukakan sayapmu lebar-lebar
dan terbang bebaslah
takluki angkasa raya ini
segalanya adalah hakmu
engkau tidak berhutang apa-apa padaku
walaupun dari sepatah kata
kiraikanlah segala kenangan yang engkau ada tentang aku
dan mudah kita saling melupakan
yang menitis itu airmata namun angaplah titisan hujan
jangan berpaling dan
jangan lagi memandang kebelakang
sudah tiada lagi apa-apa
Wednesday, July 7, 2010
mati

mati,
padang ini tersangat luas dan akutidak melihat dimana mula dan dimana hujungnya
padang ini juga gersang
sebatang pohon pun tidak ada
bagaimana kelak aku dapat berteduh?
sehelai rumput juga tidak tumbuh
bagaimana nanti aku akan merebahkan diri?
selopak air pun sudah tidak bertakung
bagaimana pula harus aku hilangkan haus dahaga?
angin tidak bertiup dan burung tidak berkicau
atau mungkin aku sudah tidak lagi mendengar
tidak ada jeritan tidak ada tangisan
tidak juga rayuanmu tidak lagi seperti dulu
aku memejamkan mata
dan memasang telinga
cuba mendengar nafasku sendiri
dan aku mendengarnya
ya, pastilah aku belum mati
aku ingin menyampai pesan padamu
kekasihku,
kekasih-kekasihku
tutuplah pintu-pintumu
tutup pintu hatimu
jangan biar lagi aku memasuki
jika jasad ini sudah mati
jangan juga roh ini dibiarkan
menakluki ruang-ruang dadamu
biarkan cintaku berkeliaran
biar ia harungi duka dan rasai
azab sengsara dan
mati
Saturday, July 3, 2010
gelora

ketawa entah kerana apa...?

berbaring dan membaca pun fikiran entah kemana....?
hatiku pun terlara juga hanya kerana
dia juga bukan untukku sebagaimana aku pun bukan untukmu
kenapa kita harus saling membenci
jika takdirlah yang menentukkannya sejak azali?
cinta didalam hati memang sering memperdayakan, dan
kita akan selalu diuji dalam jaga juga ketika didalam mimpi
mari kita tabahkan hati dan berpasrah
peduli apa pada rasa itu? bukan berdosa kita pada diri
ketika ada sekali angin menderu
menyibakkan rambutmu dan aku sempat seketika
menghirup nyamannya udara
dengan harum bau rambutmu
namun yang selama ini masih erat dalam gengamanku
hanyalah sehelai dari rambutmu yang gugur
tatkala engkau menunduk dan mengumpul daun-daun kering
yang jatuh dipetik angin musim kemarau
ketika didalam dada lautpun bergelora
Subscribe to:
Posts (Atom)