Sunday, December 20, 2009

SAJAK UNTUK ANAK MELAYU








putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.


20.12.2009

5 comments:

  1. salam bro azam, gigit jari jgn smp ke tua.

    ReplyDelete
  2. sajak untuk anak melayu
    tulisan azam ingat selalu
    tersurat dan tersirat ‘batu’
    mudarat enggan bersatu

    Syukur tioman milik kita
    Batu Putih jadi putih mata
    Akur ICJ putuskan bicara
    Begitulah adat hidup dunia

    Kudrat tenaga cara dahulu
    Kalau baca sejarah melayu
    Nusantara ini boleh dipadu
    Itu sejarah buat anak cucu

    Batu putih peringatkan kita
    Ditewas dengan hujah kata
    Konon bukti pemilikan tiada
    Dulu temasik atas tipu daya

    Politik cetek orang melayu
    Pada melayu serang bertalu
    Bila orang lain gosok dagu
    Sesama sendiri rela seteru

    ReplyDelete
  3. Tidak salah berbeza pendapat. Bersatunya orang Melayu perlu dilihat dari pandangan luas, bukan sempit. Untuk apa bersatu kalau penyatuan itu memungkinkan pemilik kuasa politik meneruskan kesonglapan dan rasuah? Yang membinasakan ialah bermusuhan sampai ke peringkat menghapuskan lawan politik secara memenjarakan dengan fitnah.

    Semua ini kerana tamakkan kuasa dan gelojoh serta rakus, kerana kuasa menajanjikan kemewahan material.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. Tidak salah beza pendapat
    Perbezaan terjadi pengikat
    Kerana beza jurus berkerat
    Taburan fitnah melaratlarat

    Sehingga bila kita sebegini
    Punya telinga, berlagak tuli
    Punya otak, tidak berfungsi
    Punya mulut, fitnah ditaburi

    Taksubkan peminpin terlalu
    Lakonan peminpin jurus tipu
    Di depan kita, gajah terpaku
    Belakang kita, semut keliru

    ReplyDelete
  5. bisalah sungguh kata Si-Bengah
    sri hartamas sudah termengah-mengah
    padanya si penipu itulah raja
    ber-Nabi ber-Tuhan-lah kepada dia

    Melayu hartamas sudah keliru
    kerana harta dia begitu
    taksubkan pemimpin tidak menentu
    salah dan benar dia tak tahu

    Padanya dia dipihak benar
    menyokonglah dia pada yang onar
    tak ada angin tak pohon bergoyang
    akhirnya ternganga tertikam belakang

    ReplyDelete