Wednesday, September 9, 2009

aku ingin bersajak

aku ingin bersajak
(bukan untuk siapa-siapa)


aku ingin bersajak
tentang jiwa yang retak
aku ingin menyanyi
sunyi dan sepi,
jasad-jasad dari jiwa yang mati
bangkitlah
dan bersama menari kelilingi api dari kayu yang terbakar
biar dia juga melihat aku terbakar
biar ketawa
semahunya-mahunya

4 comments:

  1. Bersajak ataupun kata puisi
    Bukan semua orang gemari
    Janganlah terjemu menzahiri
    Buat sambung pewaris pergi

    Kita juga bukan tidak mati
    Tahap kita entah bila temui
    Hanya punya harapan tinggi
    Semoga ada yang mewarisi

    Kalau tiada penerus tradisi
    Paling tidak sudi ulangkaji
    Baca dan kaji penulisan saji
    Laluan kita berbahasa puisi

    ReplyDelete
  2. terima kasih bengah @ serling kerana melawat laman ini berkali-kali. Saya pun melwat blog bengah berkali-kali juga. Mcamana? tak dtg ke ke-majlis berbuka puasa dato' sharkar di temerloh tu? kalau ramai blogger yg dtg, kami nak adakan mesyuarat tubuh persatuan sebelum berbuka puasa, harap dpt maklumkan kpd saya

    ReplyDelete
  3. ssh jgk nk faham ye..hnya insan seni shja mampu ungkapknnya
    :)

    ReplyDelete
  4. Terlepas peluang berharga
    Majlis 16.09.09 buka puasa
    Tak dapat kita muka bersua
    Salam buat YB dan semua

    ReplyDelete