
Thursday, December 31, 2009
dimana kamu?

Monday, December 28, 2009
dia bukan cintakan saya, mak


( Ini sajak cinta saya yang tak jadi)
maafkan saya mak
jika selama ini saya selalu melupai mak
sedangkan maklah perempuan yang sentiasa sayangi saya
melebihi segala perempuan-perempuan dalam dunia ini
sayang mak pada saya tidak pernah berubah
hanya saya sedarinya kini
setelah sayang saya tidak dihargai
seperti yang mak selalu hargai
tidak mengapalah mak
jangan sedih pada nasib saya
saya masih ada mak
dan saya nak balik pada mak
sayang perempuan lain tidak seperti harga sayang mak
saya akan buangkan yang lain untuk dapatkan mak
saya hidup kerana kasih sayang mak
hidup saya juga sepatutnya untuk sayangkan mak
dan saya patut mati kerana kasih sayang mak
saya akan balik kepada mak
selagi mak ada saya akan sentiasa sayangkan mak
kerana saya sedar
sayang dia tak seperti sayang mak
kasih mereka tak setulus kasih mak
dia bukan cintakan saya
(ini lagu saya untuk dia)
Sunday, December 20, 2009
SAJAK UNTUK ANAK MELAYU

putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.
Wednesday, December 2, 2009
saja kubiar (keranamu)

saja kubiarkan
rindu menjadi luka
luka menjadi duka
duka menjadi lara dan kecewa
membenam rohku dilautan rindu
saja kubiarkan
rindu menjadi dendam
dendam menjadi api
api menjadi panas dan membara
membakar jasadku menjadi abu
saja kubiarkan
kau kecewakan aku
supaya aku membencimu
kamu membenci aku
dan segalanya berakhir disitu
saja kubiarkan
segalanya berlaku
kerana engkau pun bukan bersungguh
dalam merindu
dan saja kau biarkan begitu saja
Tuesday, December 1, 2009
HITAM KEHIDUPAN
sudah terluah
kata terbongkar rahsia
adikku
segala kebenaran
segala hitam kehidupan -
diukir sebagaimana mimpi
sebuah mahligai
indah, namun ranap dan musnah
yang tinggal hanya puing.....
bukan mudah melayar
kehidupan
adikku
menggilap permata dari kasih yang hilang
mencari antara sejalur cahaya dalam duka
tabah menggapai harapan -
pulau impian
jangan resah-gelisah dan jangan berkeluh
-kesah
adikku
hidup ini kata ’pasti’
kita lalui dan kecapai perbezaannya
sebagaimana kepelbagaian dalam warna
(bagaimanapun)
segalanya harus manis
seperti bibirmu........
................
bukannya tidak kumerasa sengsara
tatkala biduk dilambung gelombang
dihanyutkan ketentuan
sedang diri tidak terdaya
menentukan arah yang kita mahu
arah yang bakal dituju.....
emmm!, sesekali kau
jadilah camar
adikku
menghinggapi tiang-tiang layar
sementara menanti angin sakal berhenti -
sebelum berlalu pergi:
belayar itu jangan menentang arus
terbang itu jangan membelah angin
sayap jangan mencecah pecahan ombak
mata jangan silau di buih laut -
bagaimanalah
.........................(?)
hitam kehidupan
dilupakan........
5.6.2009
Monday, November 30, 2009
yang kuimpikan itu bintang
yang kuimpikan itu bintang
yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku
Monday, November 9, 2009
andai maaf masih ada
andai ada tersisa secebis kemaafan dalam ruang dada
maka berikanlah kemaafan itu untukku
namun andai maaf tidak melenyapkan marahmu
berilah aku hukuman
supaya aku tidak lagi merasa berdosa
selama-lamanya;
aku melihat ribut dan taufan dalam nafasmu
aku melihat api yang membara di dalam matamu
aku merasakan gelora didalam dadamu
dan aku merasa bisa dan dalamnya luka oleh tajamnya kata-katamu,
ingin kubenamkan wajahku kedalam lumpur
agar aku tidak lagi merasakan sebagaimana manusia
setelah marahmu reda
dan aku tinggal seperti puing-puing
ditanah tandus dan kering.
Nota:
Salam kepada semua pengunjung blog ini, terima kasih atas segala pandangan dan sokongan yang diberikan, namun tanpa apa-apa sebab tertentu saya ingin maklumkan bahawa saya akan berehat dari berkarya (andai ini satu tulisan yang ada nilai karyanya) ..seketika atau selamanya..(?) Namun blog ini masih akan dibiarkan terbuka seperti ini kerana segala yang ditulis adalah hak semua untuk dikongsikan. Mungkin ada sebahagian dari nya yang dapat memberikan manfaat kepada seseorang. Mungkin saya mencari idea baru atau menambah kematangan atau pun akan terus tenggelam. Salam sayang kepada seluruh umat manusia.
Friday, November 6, 2009
cintamu

cintamu
adalah bayang-bayang
tak dapat dipegang
tak dapat digenggam
lari tatkala dikejar
dan mengejar tatkala aku lari
kutinggalan cinta dibelakang
mengejarku
kedalam
kegelapan malam
yang menelan bayang-bayang
Thursday, November 5, 2009
BPR -' TANGKAP' SATU
Mungkin kau tak mampu menunggu sehingga 1000 tahun, tetapi bertekad untuk mencintaimu walau 1000 tahun adalah satu kebangaan buatku.
BPR - Seribu Tahun Takkan Mungkin
Wednesday, November 4, 2009
gempa-gempa
Klip sumbangan dari Maya Amhar, sahabat di facebook dari Jakarta yang berasal dari Padang, Sumatera Barat.
Tuesday, November 3, 2009
bebas

bebas!
jika diri yang dibelenggu
aku putuskan rantai besi
yang mengikat tangan dan kaki
atau kalau aku tidak mampu
rela kuputuskan tangan dan kaki
demi kebebasan ini

bebas!
jika hati yang dibelenggu
akan aku cakar dadaku
keluarkan jantung dan hatiku
buangkan jauh-jauh
agar jasad ini bebas
dan lepas
dari cintamu
bebassssssssssssss!
Monday, November 2, 2009
3 November
3 November -
selamat hari jadi,
selamat hari lahir!
aku menerima banyak ucap selamat
dari kamu, dia dan mereka
melalui telefon, sms, YM juga di facebook
semuanya mengingati hari lahirku
cuba menggembirakan hatiku (?)
dan mendoakan panjang umurku
tetapi selain dari itu
tatkala kamu semua gembira melihat hari lahirku
aku melihat hari matiku,
apa keraian yang akan disambut
ketika aku membebaskan diri
dari segalanya nanti?
selepas ini bila aku tak menulis lagi
engkau pun pasti sudah mengerti
Nota:
1-Bro Forddo, bukalah semula blog itu kerana mesti masih ada akan merinduinya.
2-Yang sepatutnya hari ini ditangguh lagi:
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari.
Sunday, November 1, 2009
2 November
2 November dan 3 November,
bagi memastikan esok dan lusa
masih ada tulisan yang akan dibaca
secara berkala -
supaya jangan ada yang dilupakan.
2. Frodo Baggins - yang selalu kunjungi blog ini telah menutup blog beliau?
Untuk sementara atau selamanya?
aku pun sudah lama berkira-kira
untuk menutup blog ini
tidak kerana kecewa tetapi
kerana merasakan sudah tidak bererti lagi......
bebaskan
dalam mimpi
datang seseorang
dan berkata:
'kau sayangi burung itu
kerana itu kau genggaminya
lindunginya dari terjahan angin kencang
tatkala sayapnya telah patah dan terkulai
usaplah kusut pada sayapnya
dan atas nama sayang
lepaskan kembali ia terbang
babas ke angkasa
kerana mengasihi itu
bukan mesti memiliki'.
dalam mimpi itu
datang seseorang
wajahnya seperti wajahku
dan suaranya seperti suaraku
berkata:
bebaskanlah!
bebaskanlah!
bebaskanlah!
lepaskanlah - atas nama sayang!
Saturday, October 31, 2009
1 November
bangun pagi pada 1 november
masih teringat tentang semalam
banyak yang diperkatakan dan semuanya cuba membersihkan jiwa
dan pagi ini aku kehilangan kata-kata
namun aku harus juga menulis
bukan untuk aku tetapi untuk kamu dan mereka
tapi apa yang harus aku tulis?
aku melihat kedinding
ada sebuah sajak yang tertulis disana
untuk aku tuliskan semula disini;
stay
I met a raven haired girl
she came and asked me to stay
I wanted to say yes
but I ran away...
she followed after me
over the water and through the trees
stop! she yelled, knowing that I could
again I ran, now deeper into the wood...
I exploded into a meadow, exhausted
sweat streaming down my face
she there waiting, her hair like lace
she ask 'why did you runaway?'
sad and broken I reply
'I can't belive you'd want to be with me!'
Now that she has left
I chase the girl, throught the night
just to ask her
to stay...
- s.jecks
Thursday, October 29, 2009
lagi atas nama cinta....
Lagu dan cinta juga tidak dapat dipisahkan, dalam setiap cinta sentiasa ada lagu diantaranya...yang akan mengingatinya dan membuatkan cinta itu sukar dilupai.
Sebuah lagu yang aku rasakan terbaik, tidak lama dulu ... dari sebuah filem ' Mambo King' (mungkin masih boleh didapati dikedai-kedai menjual VCD) mengenai sekumpulan pelarian yang dari Cuba yang termasuk 2 adik beradik...ke Amerika (?), kemudian membentuk kumpulan musik...dan akhirnya berjaya...dari menyanyi di kelab malam hingga merakamkan di piring hitam...namun mereka berpecah termasuk hubungan 2 beradik itu .. kerana seorang perempuan yang dicintai oleh si adik...walaupun si abang telah menghalangnya sebelum itu. Sebuah movie yang sangat tragis dan menarik hati.
Lagu asal dalam versi Inggeris dirakamkan oleh kumpulan 'Los Lobos' manakala dirakamkan semula oleh kumpulan 'Mambo All Stars' untuk lagu dalam filem mamboo King tersebut. Rajin-rajinlah menjelajah di You Tube untuk mendapatkan lebih maklumat serta mengimbau kembali kenangan.
Beautiful Maria Of My Soul
----------------------------------
In the sunshine of your smile
In the summer of your life
In the magic of love
Storm above scattered away
Lovers dreaming in the night
reaching for paradise
but as the dark shadows fade
love slips away
on an empty stretch of beach
in the pattern on the waves
drawing pictures with my hand
in the sand I see your face
skipping pebbles on the sea
whishing for paradise
land castles crumble below
the restless tides ebb and flow
listening to the shell
hoping for your voice
beautiful Maria
of my soul…..of my soul
though we’ll always be apart
locked forever in a dream
if I ever love again
even then, nothing to change
and the taste of you remains
clinging for paradise
but as the distance from your grow
all that my heart ever knows
hunger for your kiss
longing for your touch
beautiful Maria
of mu soul
killing all my nights
haunting all my days
beautiful Maria
of my seoul
Klip nyanyian Antonio Benderas
Klip bersama sedutan dari filem Mambo King
Wednesday, October 28, 2009
atas nama cinta....

Kepada yang sedang bercinta, telah jatuh dan bangun semula dalam dan kerana cinta, yang telah kecewa dalam bercinta, yang tak puas-puas bercinta, yang masih belum pernah menikmati cinta....kali ini aku menerima satu nota tentang cinta dari seseorang yang boleh dikongsikan dengan seseorang yang lain pula. Aku namakan nota itu..... atas nama cinta;
Kepada yang masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.
Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka, hancur... patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.
Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.
Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.
Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Just The Two Of Us
Just The Two Of Us - Grover Washington Jr.
=============================
I see the crystal raindrops fall
And see the beauty of it all
Is when the sun comes shining through
To make those rainbows in my mind
When I think of you some time
And I want to spend some time with you
Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us (just the two of us)
Just the two of us, building castles in the sky
Just the two of us, you and I
We look for love, no time for tears
Wasted waters?all that is
And it don’t make no flowers grow
Good things might come to those who wait
Not to those who wait too late
We got to go for all we know
Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us (just the two of us)
Just the two of us, building castles in the sky
Just the two of us, you and I
I hear the crystal raindrops fall
On the window down the hall
And it becomes the morning dew
Darling, when the morning comes
And I see the morning sun
I want to be the one with you
Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us (just the two of us)
Just the two of us, building big castles way on high
Just the two of us, you and I
Just the two of us, let’s get together baby
Just the two of us (just the two of us)
We can make it, just the two of us
We can make it, just the two of us
Saturday, October 24, 2009
apakah takdirmu?

ujilah -
masa tentukan segala:
kita menunggu
sambil menghitung hari
dengan mengira jari,
menanti ketika putus bicara
untung sabut yang timbul
untung batu tenggelam;
camar ini harusnya dilepaskan
biar ia terbang bebas
meredah angin sakal -
ditengah laut mungkin ada ranting hanyut
dimana ia dapat berpaut -
keras hatinya seperti batu,
jika sayapnya patah
ia bertongkatkan paruh,
camar itu mencari kebebasan
makna sebuah kehidupan
sebagaimana penyu yang merayu;
'lepaskan kembali aku ke laut'.
aku menanti dalam sepi
ataukah dalam mimpi !
Thursday, October 22, 2009
apa takdirku menunggu

.
memang kita berbeza
namun mencari persamaan dari kelainan;
kala senjaku
adalah kala fajarmu
tapi kita berkongsi
bulan dan matahari
langit dan bumi yang sama
udara yang kita hirup dan bernafas
segar yang sama
aku mengenal aura tubuhmu
namun aroma mu masih asing
lalu aku intai ruang
megusap jurai rambutmu,
mencium harum kenanga
dari taman-mu -
apakah takdirku menunggumu
atau sekadar melihat kau berlalu?
Wednesday, October 21, 2009
sakit hatiku

'
sayang
cinta itu rasa
permata dalam lokan yang luka
bukan hanya diam
tetapi harus sentiasa berbicara;
sakit hatiku
bila mencari kau tiada
bila bertanya kau membisu
sakit hatiku
bila aku disini kau disana
bila aku ada kau tiada
sakit hatiku
bila aku datang kau pergi
bila aku pergi kau kembali
sakit hatiku
bila aku mengejar kau menunggu
bila aku menunggu kau menjauh
sakit hatiku
dalam sungai ada arus
dalam laut ada ombak
cinta itu hanyut dan tenggelam
tetapi kau berdiam
sakit hatiku
aku resah aku gelisah
dalam rindu
sakit hatiku
sakit hatiku
sakit hatiku
Monday, October 19, 2009
aku ingin ......
aku ingin
kembali seperti mula:
bercerita tentang alam;
pohon-pohon dan margastua
bukit, gunung, tasik dan sungai
pantai, pulau dan laut
aku ingin
memberi dan menerima
menerima dan memberi juga
diantara kita
aku ingin
berpuisi tentang keindahan
tentang suara angin yang mendesah
dihujung dedaunan
aku ingin
menyanyi
(untukmu)
dan mencium hujung rambutmu
disebalik kerudungmu
Nota:
Semua foto-foto posting pada 19hb Okt bermula dari 'Penceroboh akan didakwa' boleh diperbesarkan ke saiz asal. Sila right-klik pada foto berkenaan.




Sunday, October 18, 2009
SEBAHAGIAN KUALA KOH 3




SEBAHAGIAN KUALA KOH 2




SEBAHAGIAN KUALA KOH
Sementara ini saya hanya berjaya memasukkan 2 sahaja gambar. Bagaimanapun usaha akan tetap diteruskan. Selamat kembara.


Nota:
Mana hilangnya telefon saya?
PENCEROBOH AKAN DIDAKWA ....
Saya cuba muatkan gambar-gambar yang mungkin akan memberikan sedikit tambahan meklumat mengenai perjalanan kembara tersebut. Kepada sahabat-sahabat yang bersama saya dalam jangkamasa lawatan berkenaan, saya mengucapkan terima kasih dan mohon maaf seandai terdapat kekurangan dan rasa tidak puahhati sepanjang lawatan.


Saturday, October 17, 2009
HANYA ADA DUA
lagu yang berbicara
menyampaikan kata....
Friday, October 16, 2009
hidup bukan kerana doa
kerana doa
mati bukan
kerana sumpah ???
Thursday, October 15, 2009
peduli apa lagi?

biar saja aku menjerit
sedih dan pedih
runtuhkan gunung jadikan gaung
curam dan dalam
atau meniupkan ribut dilaut
hanyutkan pulau-pulau karang
peduli apa lagi?
aku sudah tak peduli diri
kelak
bila aku mula lupa
pada siapa namamu,
atau apakah pada suatu waktu
kita pernah bertemu?
untuk apa lagi ambil peduli
pada jiwa sepi yang mati?
jika ini suratan
dan kita hanya ditemukan
pada satu titik digarisan bersilang
peduli apa lagi?
jika nanti
suaraku juga tidak akan ada
sesiapa ingin mendengari
burung-burung telah lupa
pada ranting dimana dia pernah hinggap
demikian pula
anak-anak ikan
jika terlupa berenang
kearah lubuk darimana dia datang
Tuesday, October 13, 2009
lembah ini sunyi
bersama dan sebagaimana
pohon-pohon dan ranting,
serta rumput-rumput kering
sepi dan mati.
lembah ini sunyi!
angin pun tidak bertiup
tiada bicara
tidak lagi menyampaikan berita
selain tentang ketakutan
akan terputusnya rindu
dipertengahan jalan
antara yang ditinggalkan
dan meninggalkan
mana satu binasa?
mana lebih sengsara?
kosong
. .. . ..
.. .. ..
(bisikan):
airmata
jadi permata
....
jika inilah, aku redha
dalam gembirapun aku pernah sedih
u
U - untukmu
j - janji itu diikat
i - ibarat
d- dalam lautan
a - ada gelora
h -
Monday, October 12, 2009
kata kosong?
shhh! jangan sedih
kehilangan, kepergian
jangan ada tangis
TIADA LAGI
hari ini
tiada lagi puisi
atau lagu dan nyayi
juga lukisan
tidak juga catatan
perjalanan
kerana aku sudah
bosan
menanti hari
tidur panjang......?
esok itu ada
tapi untuk siapa?
shhh!
jangan sedih
kehilangan dan
kepergian
bukan untuk ditangis
DARI BAGAN PINANG KE KOTA BHARU
12hb oktober,
dalam perjalanan pulang
dari bagan pinang ke kota bharu
kita terlupa
tempurung yang selama ini tempat bernaung,
mana tau nanti
senjata akan memakan diri
siapa katak dan siapa berudu
soalan akan menanya dan menguji diri,
uji?
dimana permulaan dimana penghabisan
Friday, October 9, 2009
mencari cahaya

dalam kegelapan -
bulan memang tidak ada
yang kita harap
hanya sejalur cahaya
penyuluh jalan
agar dapat melangkah
namun yang kau pasang
bukannya pelita
tatapi,
api cinta panas dan membara
dan aku meraba
dalam terang
mencari diri
sendiri
Thursday, October 8, 2009
catatan ketika rindu

1.
dicelah-celah pergunungan
akan ada dataran luas
padang yang hijau
arus air yang mengalir
memberikan kehidupan
2.
ditengah-tengah lautan
akan ada pulau-pulau dan terumbu karang
diantaranya ada tumbuhan
pohon-pohon menghijau
membawa kehidupan
3.
diantara dada dan jantungmu
aku mendengar gemersik angin
membisikan resahmu
mengamit rinduku
jendela telah terbuka
Wednesday, October 7, 2009
nota kecil pada talian panas

memang susah
untuk bersuara atau menyampai pesan
kerana talian ini panas
sebagaimana diujung disana
yang masih terasa bahangnya,
lalu dimana hendak di curah rasa
atau menyampaikan kata
selain mengharap sedikit nasib
agar menjadi lebih baik
supaya ruang akan terbuka
untuk menyambut kata
menyambung bicara....
Monday, October 5, 2009
memang aku ingin menjerit

memang aku ingin menjerit
sekuat hatiku
menyatakan sedih dan pedih
dan sakit hati ini
siapakah yang tahu?
dengarlah ratap dan tangis
raung dan lolong
kerana apa dan untuk siapa?
memang aku ingin melukai
hatiku sendiri
ingin aku koyakkan jantungku
biar darah membuak-buak
biar sesekali engkaupun tahu
bahawa aku pun tidak tertahan
menanggung rindu
kerana apa dan untuk siapa?
memang aku ingin menjerit
supaya malam tak lagi sunyi sepi
supaya engkau juga tahu
aku masih lagi bersuara
supaya engkau juga tahu
memang aku ingin menjerit
?
ada pertanyaan yang perlukan jawapan;
siapa yang harus bertanya dan
siapa pula yang patut menjawab?
siapa antara kita yang memulakan dan
siapa pula antara kita yang ingin memutuskan?
Thursday, October 1, 2009
ada kata yang ingin aku bisikan
bahawa saat senjakala hampir tiba
matahari yang lama bangkit perlahan-lahan tenggelam
membenamkan cahayanya kedalam lautan
menutupi lembaran harinya
sebagaimana seorang lelaki tua
menghitung jari-jemari
membilang garis kedut didahi,
ada pesan yang ingin aku sampaikan
ada kata yang ingin aku bisikan;
maaflah andai kita tak dapat lagi bersama
ketika dalam mimpi dan dalam jaga
entah kerana apa atau bagaimana
bukan sengaja aku memutuskan cinta
tetapi perjalanan sudah tiba ke nokhtah
lalu kita terpaksa berpisah, namun
bila aku tidak lagi menjadi siapa-siapa
simpanlah sedikit dari kenangan
bahawa aku meletakkan cintamu
disudut yang paling dalam,
tahankanlah dan simpanlah airmata biar jadi permata
kerana demikianlah kehidupan menentukan arahnya,
pada helaan nafas terakhir
aku ingin bisikan
bahawa tak akan kuputuskan rindu
setelah kulafazkan kata
wahai kekasih siangku dan kekasih malamku
ketika kegelapan sedang menyelubungi
pelitapun telah terpadam
Wednesday, September 30, 2009
memang aku sedang marah

memang aku sedang marah
duka dan terluka
sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa
tidak juga kepada kamu;
kerana kaulah sutera yang dipintal itu
menjadi selembar benang tenunan
dan si pandai tenun itu adalah aku
yang mahir mengurai kusutnya benang
tetapi tak upaya
mengurai kusutnya cinta
memang aku duka dan terluka
sedih dan kecewa
dan aku sedang marah
kerana benang yang dipintal itu
semakin kusut
dan tak terurai
seperti rasa kasih ini
yang semakin luntur
harus akan berakhir
entah bila dan dimana
memang aku sedih dan kecewa
dan aku sedang marah
duka dan terluka
kerana engkau seakan memberi
sebenarnya membuangkan
kerana engkau seakan menerima
sebenarnya membiarkan;
segumpal benang menjadi kusut
sekeping hati menjadi remuk
dan;
memang aku sedang marah
duka dan terluka
sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa.
Tuesday, September 29, 2009
hari ini bumi bersedih

hari ini bumi bersedih;
matahari turut menangis
rintik hujan yang menitis
basahkan kelopak mata semua para kekasih -
cinta ini tiada lagi
dan hati telah mati
Monday, September 28, 2009
KUALA LUMPUR KE BERGEN - SEHARI SELEMBAR BENANG

kuala lumpur,
segumpal kapas dipintal jadi selembar benang
ditenun dengan tenang
jadi sehelai kain
kuala lumpur - bergen bukanlah jauh
hanya sekali mata berkelip
rindu kita tak akan berkurang
jangan mudah berputus asa
bukan seperti berputusnya cinta
bergen,
berbuku benang diwarnai
bagi mencorak warna di jalur pelangi
bukan terputus urat-nadi
hanya menguji kerasnya hati
tidak tunduk pada ugutan
dan tidak lemah pada pujukan
Sunday, September 27, 2009
cerita sang katak

mari kita nyanyikan
lagu keriangan
biar hujan turun
membasahi bumi
dari kemarau panjang,
air akan melimpah
dari longkang dan sungai-sungai
kita mungkin tidak lagi selamat
dari arus deras
'mari kita berdoa
memohon kepada Tuhan' - kata sang ayah
kepada ibu dan anak-anak katak
agar terselamat
dari langit yang runtuh ini
sambil berlindung
dibawah tempurung
yang sebentar lagi
akan dihanyutkan arus air
ke hlir......
betul katamu
aku telah mula cuba menguasai
sedang engkau semakin rimas
mencari ruang untuk bernafas
......
ikatan harus diputuskan
ikatan harus di
putuskan
ikatan harus
diputuskan
ikatan
Saturday, September 26, 2009
menanti

menanti
detik waktu bagai siput
bergerak bagai tidak
sedang aku
semakin kaku
bagai batu
lalu
aku melihat tubuhku
dikelilingi ramai,
dikapankan
kemudian akan dikuburkan, dan
aku melihat aku
mati
dalam penantian
yang panjang ini
bagaikan tiada akhir
atas nama janji
yang dimungkiri
p.s. Salam kenal utk Nur Hussein - klik ke facebook
Thursday, September 24, 2009
jika taman itu aku punyai
bercerita tentang sebuah taman;
dengan rerumput menghijau - memenuhi halaman
serta sebuah kolam
yang telah kekeringan,
dulunya menakungkan air
yang jernih
dari himpunan mata air dan airmata,
ada seekor kuda
bagai terlepas dari kandang
mendatangi kolam itu
dengan haus dahaganya
bagai mengharap sekolam air
untuk dihirup dan dihabiskan
kau menanya apa
pilihanku antara padang hijau
atau tanah tandus dan gersang
namun aku memilih kesederhanaan
untuk mendapat sebahagian dari kedua-duanya
agar lebih adil dan saksama
mandapatkan sedikit kebahagian dari
dalam sebahagian kesengsaraan
jika taman itu aku punyai
kolamnya pasti aku penuhi dengan air
yang jernih dan mengalir
dalam tenang
menghapus kegersangan zaman berzaman

JANDA BAIK - KUALA LUMPUR

Kali ini tiada puisi, tiada juga lagu-lagu untuk menghiburkan. Yang ada hanya sedikit catatan perjalanan bagi perjalan pendek dari Bentong ke Kuala Lumpur.
Mmmm! ntah macam mana kali ni perjalanan ke Kuala Lumpur jadi menarik dari selalunya. Kalau biasanya aku melalui highway tapi kali ini aku memilih untuk mengalami perjalanan yang lambat di jalan raya yang berliku-liku. Dari Bentong aku memandu dibawah naungan dan rimbunan pohon-pohon sambil memerhatikan arus sungai yang mengalir. Biarpun mungkin sudah tidak berapa bersih namun ianya masih jernih dan nampak menarik dengan jeram-jeram. Terfikir juga alangkah menariknya kalau dapat melakukan whitewater rafting menaiki rubber dinggi.
Singgah seketika di Janda Baik sambil mengintai-intai chalet-chalet dan resort yang menarik. Sungainya kelihatan segar dan jernih itu menyegarkan fikiran dan melapangkan hati serta mata memandang. Terasa juga ingin sesekali untuk bermalam disini - jika ada kesempatan. Mmmm! Janda Baik, Bentong...janda baik Kuala Lumpur???

sungai yang masih jernih airnya dan
d'ark resort- satu dari chalet yang terdapat di janda baik
Wednesday, September 23, 2009
pada belahan hati
yang baru:
Anggaplah ini hanya sebagai hiburan semata-mata, membezakan antara yang lama dan yang baru, mencari keindahan diantara keduanya - bagaimanapun, ambillah yang baik dan buangkan yang buruk....
pada belahan hati
pada belahan hati
tidak berkurang kasih padamu
sepertimana terdahulu
ketika saat kita memetik bunga-bunga
diantara rumput-rumput dihalaman
hati dan jiwa kita bersatu
kaulah yang satu
pada belahan hati yang lain
tidak berlebih cinta padamu
sepertimana ketika ini
atau selepasnya nanti
sebagaimana saat-saat kita memetik rindu
di langit pada awan kelabu
kaupun yang satu
pada belahan hati ini
jika bulan dan matahari boleh bersatu
engkaulah dan kamulah itu
bintang-bintang menghias langit malamku
mendakap mimpi dan membuai rindu
Tuesday, September 22, 2009
bila kita tak

bila kita tak
lagi bersama dalam rasa
rindupun tenggelam
kedalam lautan bara
bila kita tak
lagi bebalas kata
resah didadakupun membara
menguris jadi luka
bila kita tak
saling pandang memandang
matakupun menjadi kabur
memandang segalanya hitam dan kelam
bila kita tak
ingat dan saling mengingati
hatipun menjadi lebur
jiwa mati dan jasad berkubur...
Thursday, September 17, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
KEPADA SEMUA YANG SERING MENDATANGI BLOG SAYA SELAMA INI,
YANG BERSAMA BERKONGSI KEGEMBIRAAN DAN KEDUKAAN, KESUSAHAN DAN KESENANGAN,
JUGA YANG MEMBERIKAN PERHATIAN DAN TEGURAN.
PADA HARI YANG MULIA DAN BERBAHAGIA INI
SAYA JUGA MEMOHON DOA AGAR SEMUA DI BERIKAN RAHMAT ALLAH.
KAPADA SEMUA YANG AKU SAYANGI DAN MENYAYANGI AKU
YANG BERKONGSI KEHIDUPANNYA DENGAN KU
DAN YANG INGIN BERKONGSI KEHIDUPANKU DENGAN NYA
BISIKKANLAH KETELINGA DAN UCAPLAH
'SELAMAT HARI RAYA'

Wednesday, September 16, 2009
ada tak
katanya tak
ada bisik
dengarnya tak
ada debar
getarnya tak
ada duka
laranya tak
ada ratap
tangisnya tak
ada resah
risaunya tak
ada senyum
simpulnya tak
ada hilai
tawanya tak
ada cinta
rindunya tak?
ada tak ada
entahnya tak
- aku tetap sayangi mu!
Nota:
Sebuah lagu lama yg senikatanya sangat mengesankan nyanyian Nordin Ahmad dan Rafeah Buang;
Mmmm, lagu ni untuk dia, srikandi..cintaku;
Tuesday, September 15, 2009
CIPLAK?
Menarik juga lagu dang-dut ini, tetapi harus diingat bahawa ianya bukalah sesuatu yg segar dari Indonesia, kerana ianya adalah sesuatu yang diciplak dari budaya negara lain
Kita dengar yg ini
Atau yg ini dengan susunan musik yg lebih menarik dlm irama salsa;
Atau yg ini yg mana kita merasakan lagunya yg telah dirakyatkan;
Mmmm, yg ni pun;
Juga yg ini:
Namun lagu asalnya ciptaan Hugo Blanco pada tahun 1960, tak dapat saya siarkan disini atas sesuatu sebab, namun saya sertakan lagu berkenaan yg dinyanyikan oleh Julio Iglesias;
Lagu ni untuk dia dan tak ada kena mengena dgn' moliendo cafe' dan org lain, namun harus di klik (disini) untuk ke youtube.
Dan lagu ni untukku sendiri, hehe...baru ganazzz...papa rock! Muzik-muzik Carlos Santana ni sezaman dgn abah
Monday, September 14, 2009
PANDANG KE TIMUR

1.
Sewaktu TDM jadi PM dulu, beliau usulkan gagasan pandang ke timur. Maka kita pandanglah ke Jepun dan Korea, yang kita nampak adalah gadis-gadis Jepun dan Korea yang cantik dan mungil.
Seorang kawan yang baru balik dari berkursus di Jepun selama setahun yang sangat rindu kepada kampung halaman, rindu juga kepada isteri tercinta. Sesampai di rumah terus dia menyapa isterinya maka terjadilah dialog sedemikian ini;
Suami : Kopakai modeska?
Isteri : Haip!
Suami : Konekku keciwa!
Nota:
Dia tak pakai modes..tapi dia pakai kotek!! Pada yang tak faham apa-apa, sila diam!
2.
Sewaktu remaja saya dulu, saya juga menggemari lagu-lagu asing termasuk dari Jepun. Ketika itu penyanyi jepun yang terkenal dikhabarkan mirip wajah saya...atau wajah saya yang mirip wajahnya. Bagaimanapun lagu dan suara beliau memang sangat saya minati hingga hari ini. Penyanyi itu adalah Tanimura Shinji. Saya upload-kan lagunya yang saya minati itu. Silalah dengarkannya sambil mendekati bahasa Jepun....memandang ke timur.
yukidoke majika no kita no sora ni mukai
sugisarishi hibi no yume o sakebu toki
kaeranu hitotachi atsui mune o yogiru
semete kyoo kara hitoriki tabi ni deru
aa nihon no doko ka ni watashi o matteru hito ga iru
ii hi tabidachi yuuyake o sagashi ni
haha no senaka de kiita uta o michizure ni
misaki no hazure ni shoonen wa sakana tsuri
aoi susuki no komichi o kaeru no ka
watashi wa ima kara omoide o tsukuru tame
suna ni kareki de kaku tsumori sayoonara to
aa nihon no doko ka ni watashi o matteru hito ga iru
ii hi tabidachi hitsujigumo o sagashi ni
chichi ga oshiete kureta uta o michizure ni
aa nihon no doko ka ni watashi o matteru hito ga iru
ii hi tabidachi hitsujigumo o sagashi ni
kodomo no koro ni utatta uta o michizure ni.........
Satu instrumen musik jepun yg saya minati adalah 'sakuhachi' sejenis alat blowing @ bamboo flute. Bunyinya sgt menarik dan syahdu
Friday, September 11, 2009
cukuplah berpuisi sementara ini
hidup ini memang indah dari sudut mana sekalipun kita lihat ia
dalam puisi kita melihat indahnya kata-kata
dalam lagu kita dengar indahnya irama
mari sesekali kita lihat dan dengar
keindahan dari sudut permerhatian kanak-kanak
dengarlah lagu ini, walau dalam bahasa asing namun tetap indah
dan sedap didengar
lihat juga gerak tarinya yang sangat menghiburkan
------------ ini sebahagian sembang dalam chatbox
Kucennn bro azamm .... sekali lagik kucen cilokk "mau mau mau" ... will credit ur blog. arigatooooo. kucen sayang semau .. xoxoxo
Details
2:57 PM Sep 10, 2009
azam kucenn, dulu ko dah copy n paste sekali dan skrg sekali lagi, tp it's ok bro...nmpk mcm ko peminat setia aku je, hehe
Details
11:44 PM Sep 11, 2009
# azam kepada semua,tg lah lagi dan lagi dan lagi, I love you all
Details
11:46 PM Sep 11, 2009
#
# azam ifa, terima kasih menghargai puisi saya. nk lihat blog2 anak pahang sila ke sini http://gerbangtemumaya.blogspot.com
Details
11:45 PM Sep 11, 2009
#
------------------ nota kaki
Bro Frodo Baggins - lagu ni kiranya untuk ko lah. Dan utk antara anak-anakku juga yang berblog:
berdesing-desing - http://berdesing-desing.blogspot.com/
gave fra sjoen - http://aksarausia.blogspot.com/
akudanparis.blogspot.com/ - http://akudanparis.blogspot.com/
SELAMAT TERHIBUR DAN SELAMAT BERPUASA, SESIAPA YG SEMALAM TAK BERPUASA (SEWAKTU KUHUBUNGI MELALUI TELEFON) JANGAN TERASA HATI
Wednesday, September 9, 2009
aku ingin bersajak
(bukan untuk siapa-siapa)
aku ingin bersajak
tentang jiwa yang retak
aku ingin menyanyi
sunyi dan sepi,
jasad-jasad dari jiwa yang mati
bangkitlah
dan bersama menari kelilingi api dari kayu yang terbakar
biar dia juga melihat aku terbakar
biar ketawa
semahunya-mahunya
tiada lagi...kecuali...

tiada lagi
puisi yang bakal menguris hatimu
yang mengamit resah rinduku
kerana hati lara ini
kehilangan bulan dan matahari
yang ada hanya
sepi, sepi dan
sepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr,
mayat-mayat cinta
marilah menyanyi
-------------------------------------------------
kesempatan ini saya ambil untuk mengucapka selamat berpuasa dan selamat berhari raya kepada semua sahabat maya dan juga pembaca serta pengunjung blog saya ini. saya manusia biasa yang tidak mungkin lepas dari berbuat salah dan dosa, justru maafkan saya lantaran saya bimbang tidak ada kesempatan yang lain lagi nanti.
mungkin puisi juga bisa mengguris perasaan seseorang lalu maafkanlah jika ini berlaku secara sengaja atau pun secara tidak sengaja. mungkin dalam merawat retak hati kita maka kita meretakkan hati insan lain, lalu maafkanlah
anggaplah segala yang berlaku seumpama tidak pernah berlaku atau hanya dalam mimpi.
-------------------------------------------------
berikut adalah pengumuman yang dipanjangkan dari admin. Gabungan Suara Anak Pahang untuk semua, blogger dan juga rakan facebook Pahang. harap ambil perhatian dan maklum.
-------------------------------------------------

PENGUMUMAN:
Majlis Berbuka Puasa Bersama YB. Dato’ Sharkar Shamsuddin, Exco Pembangunan IT dan Multimedia Pahang akan diadalan pada 16hb. September 2009 bersamaan hari Rabu bertempat di:
Rumah Shafza,
No. 9, Jalan Bahagia Permai 2/1, Taman Bahagia Permai,
28000 Temerloh Pahang.
Rakan-rakan blogger dan Facebook terutamanya dari Pahang adalah dijemput hadir ke majlis tersebut. Bagi mereka yang berada diluar Temerloh dan berminat untuk hadir bolehlah menghubungi saya melalui email atau YM bagi mendapatkan pelan lakar untuk ke majlis / rumah tersebut.
Selamat berpuasa dan selamat bertemu di majlis berkenaan kelak.
Admin.Gabungan Suara Anak Pahang