
Thursday, December 31, 2009
dimana kamu?

Monday, December 28, 2009
dia bukan cintakan saya, mak


( Ini sajak cinta saya yang tak jadi)
maafkan saya mak
jika selama ini saya selalu melupai mak
sedangkan maklah perempuan yang sentiasa sayangi saya
melebihi segala perempuan-perempuan dalam dunia ini
sayang mak pada saya tidak pernah berubah
hanya saya sedarinya kini
setelah sayang saya tidak dihargai
seperti yang mak selalu hargai
tidak mengapalah mak
jangan sedih pada nasib saya
saya masih ada mak
dan saya nak balik pada mak
sayang perempuan lain tidak seperti harga sayang mak
saya akan buangkan yang lain untuk dapatkan mak
saya hidup kerana kasih sayang mak
hidup saya juga sepatutnya untuk sayangkan mak
dan saya patut mati kerana kasih sayang mak
saya akan balik kepada mak
selagi mak ada saya akan sentiasa sayangkan mak
kerana saya sedar
sayang dia tak seperti sayang mak
kasih mereka tak setulus kasih mak
dia bukan cintakan saya
(ini lagu saya untuk dia)
Sunday, December 20, 2009
SAJAK UNTUK ANAK MELAYU

putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.
Wednesday, December 2, 2009
saja kubiar (keranamu)

saja kubiarkan
rindu menjadi luka
luka menjadi duka
duka menjadi lara dan kecewa
membenam rohku dilautan rindu
saja kubiarkan
rindu menjadi dendam
dendam menjadi api
api menjadi panas dan membara
membakar jasadku menjadi abu
saja kubiarkan
kau kecewakan aku
supaya aku membencimu
kamu membenci aku
dan segalanya berakhir disitu
saja kubiarkan
segalanya berlaku
kerana engkau pun bukan bersungguh
dalam merindu
dan saja kau biarkan begitu saja
Tuesday, December 1, 2009
HITAM KEHIDUPAN
sudah terluah
kata terbongkar rahsia
adikku
segala kebenaran
segala hitam kehidupan -
diukir sebagaimana mimpi
sebuah mahligai
indah, namun ranap dan musnah
yang tinggal hanya puing.....
bukan mudah melayar
kehidupan
adikku
menggilap permata dari kasih yang hilang
mencari antara sejalur cahaya dalam duka
tabah menggapai harapan -
pulau impian
jangan resah-gelisah dan jangan berkeluh
-kesah
adikku
hidup ini kata ’pasti’
kita lalui dan kecapai perbezaannya
sebagaimana kepelbagaian dalam warna
(bagaimanapun)
segalanya harus manis
seperti bibirmu........
................
bukannya tidak kumerasa sengsara
tatkala biduk dilambung gelombang
dihanyutkan ketentuan
sedang diri tidak terdaya
menentukan arah yang kita mahu
arah yang bakal dituju.....
emmm!, sesekali kau
jadilah camar
adikku
menghinggapi tiang-tiang layar
sementara menanti angin sakal berhenti -
sebelum berlalu pergi:
belayar itu jangan menentang arus
terbang itu jangan membelah angin
sayap jangan mencecah pecahan ombak
mata jangan silau di buih laut -
bagaimanalah
.........................(?)
hitam kehidupan
dilupakan........
5.6.2009